{VIDEO} Salahuddin : Mangsa banjir B40 bakal terima baucar elektrik RM300

Mangsa banjir di Pahang dan Johor daripada kumpulan B40 bakal menerima baucar barangan elektrik bernilai RM300 yang diagihkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata pengagihan melalui Program Payung Rahmah itu bagi membantu golongan sasar membeli peralatan baharu yang musnah.

Menurutnya, agihan baucar yang akan dilakukan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu diperuntukkan kepada 1,000 mangsa banjir.

“KPDN melalui SSM bersetuju melakukan inisiatif Payung Rahmah kepada mangsa banjir di Johor dan sebahagian di Pahang dengan

“Kita akan bantu dengan baucar yang setiap satu bernilai RM300 untuk mereka membeli barang asas keperluan seperti mesin basuh atau peti sejuk ataupun peralatan elektrik yang musnah akibat banjir,” katanya.

Salahuddin berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Bangunan Baharu SSM Melaka yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz di Ayer Keroh.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, pihaknya turut berkerjasama dengan beberapa syarikat pengeluar elektrik bagi membantu memudahkan mangsa membuat pembelian.

Tambahnya, KPDN akan memastikan hanya golongan yang benar-benar memenuhi kriteria akan menerima manfaat tersebut.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*