{VIDEO} Pendakwah dakwa pakai topi mampu lemahkan iman, ini penjelasannya

Pendakwah dakwa pakai topi mampu lemahkan iman, ini penjelasannya.  Perkongsian seorang pendakwah yang dikenali sebagai Dai Fuad di akauan Instagramnya menjadi sorotan warganet ketika ini.

Meskipun sudah tiga hari dimuat naik, namun hantarannya tetap menjadi perhatian dan rancak dibualkan oleh orang ramai.

Pendakwah dakwa pakai topi mampu lemahkan iman, ini penjelasannya

Dalam video tersebut, beliau telah mengulas akan hukum seorang wanita muslimah memakai topi.

Ujarnya, sepertimana yang tertulis dalam kitab perukunan, topi itu mampu melemahkan iman seseorang dan tidak melambangkan identiti orang beriman sebab dahulu pernah dipakai oleh pendakyah yang menyebarkan agama bukan Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dai Fuad Mokhtar (@daifuadmokhtar)

“Cap tak begitu mesra dengan alam Melayu…”

“Sebab tu daripada kecil saya tak pakai cap…”

Adapun begitu, tidak jatuh hukum haram bagi sesiapa yang memakainya kerana waktu itu keadaan berbeza dengan hari ini, bilamana mereka menggayakan topi itu untuk melindungi diri dari panas dan sebagainya.

“Boleh je perempuan nak pakai topi tapi nasihat saya seeloknya dielakkan sebab perempuan tak seharusnya tabarruj (bermegah) dalam pemakaian.”

Bagaimanapun, netizen berdebat mempertikai ulasan daripada Dai Fuad, bilamana rata-ratanya kurang bersetuju dan ada juga yang kurang faham dengan konteks yang ingin beliau sampaikan.

Turut baca

Pendakwah dakwa pakai topi mampu lemahkan iman, ini penjelasannya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*