{VIDEO} Pemerdagangan manusia : Polis rondaan berjaya tahan 11 warga asing

Petaling Jaya – Pada 2 Febuari 2023 lebih kurang 8.00 pagi semasa Peronda Kl-Lancang JSPT Bukit Aman, Kpl Vijayan A/L Sivarajah bersama Kpl Mohd Khairul Azhar b. Zakaria sedang membuat rondaan di KM 29 Jalan KL – Lanchang menghala barat telah mengesan satu mpv jenis Perodua Alza di dalam keadaan mencurigakan. Semasa ditahan mpv tersebut tidak berhenti dan terus memecut menghala ke Tol Gombak dan merempuh palang Tol di Plaza Tol Gombak.

Hasil bantuan Gerakan JSPT Bukit Aman, mpv tersebut berjaya ditahan di Lebuhraya MRR2 menghala ke Sungai Buloh dan pemeriksaan mendapati (1) lelaki warga tempatan, (10) lelaki dan (1) wanita dipercayai warga asing berada di dalam mpv tersebut. Semakan awal dapati kesemua tangkapan warga asing tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua mereka telah dibawa ke IPD Petaling Jaya dan ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah. Seorang warga tempatan disiasat di bawah SOSMA yang diperuntukkan dibawah Seksyen 4(5) SOSMA 2012 manakala (11) warga asing disiasat dibawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen (pindaan) 2002 (Akta 155).

Tahniah diucapkan kepada anggota JSPT di atas kejayaan ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*