{VIDEO} “Ombak besar pun berani mandi laut…” Budak berdepan detik cemas dilambung ombak ketika mandi di Pantai Kemayang

“Ombak besar pun berani mandi laut…” Budak berdepan detik cemas dilambung ombak ketika mandi di Pantai Kemayang.

Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila nyaris lemas ketika sedang mandi di Pantai Kemayang, Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan, kanak-kanak itu dilihat terkapai-kapai dan hampir hanyut dibawa ombak besar sebelum diselamatkan orang awam.

Pada masa sama, keadaan ombak ketika itu dilihat sangat kuat namun mangsa sempat ditarik dan dibawa ke tepi pantai.

Dalam pada itu, mangsa dilihat dalam keadaan sedar namun keadaan dan identiti sebenar mangsa masih tidak dapat dipastikan.

Dalam video itu, kelihatan juga beberapa pengunjung yang berada di kawasan itu panik melihat situasi berkenaan.

Sementara itu, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dan nasihat terhadap orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti air jika cuaca tidak baik.

“Angin kuat. Ombak besar pun berani mandi laut,” komen Noor Azila.

“Kena pantau anak-anak mandi. Jangan biarkan budak mandi sendirian,” tulis Che Harun Dan Zubaidah.

“Kita pergi pantai kalau tengok ombak besar macamtu terus nak balik,” tulis Najihah Azmi.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*