Niat selamatkan nyawa pesakit bertukar tragedi, 4 maut van ambulans terbabas di kaunter tol. Satu kemalangan ngeri yang meragut 4 nyawa dirakam cctv di kaunter tol lebuhraya Byndoor-Shiroor, India apabila van ambulans yang bergerak pada kelajuan tinggi terbabas.
Van ambulans yang membawa pesakit dan 2 penumpang hendak bergegas ke hospital kerana pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Petugas tol yang menyedari van ambulans yang bergerak laju dan cuba mengalihkan pengadang tol untuk melepaskan van tersebut melepasi tol namun tidak berjaya.
Rakaman cctv menunjukkan ada seekor kambing sedang berteduh di hadapan tol punca van tersebut hilang kawalan.
Niat untuk menyelamatkan nyawa pesakit bertukar tragedi apabila van ambulans yang bergerak pada kelajuan tinggi terbabas di kaunter tol.
4 dilaporkan maut manakala satu lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Turut baca
Leave a Reply