Netizen musykil kelakuan pengantin, tak senang duduk ketika bersanding. Silat merupakan ilmu seni mempertahankan diri yang mana telah dipraktikkan sejak dari zaman nenek moyang lagi.
Sungguhpun begitu, ada yang mendakwa silat bukan sebarangan ilmu dan hanya boleh dituntut oleh orang tertentu sahaja, namun tidak tahu sejauh mana kesahihan perkara tersebut.
Kini, silat bukan sahaja digunakan untuk mempertahankan diri tetapi juga dipersembahkan di majlis keramaian misalnya majlis kahwin sepertimana yang dilakukan di hari persandingan pasangan ini.
Walau bagaimanapun, suasana majlis itu sedikit tegang selepas pengantin lelaki yang dilihat tak senang duduk di sebelah isterinya tiba-tiba bangun daripada tempat duduk untuk membuka langkah.
Ingatkan nak tunjuk aksi, tetapi lain pula yang jadi apabila dia pengsan beberapa minit selepas itu.
Hal itu sekaligus meninggalkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang rata-ratanya musykil dengan kelakuan pengantin sehingga ada yang mendakwa lelaki itu disampuk oleh ‘benda’ ghaib.
Namun, tidak dapat dipastikan perkara tersebut memandangkan tiada sebarang penjelasan lanjut daripada pihaknya.
Turut baca :
- Kehilangan penoreh getah akhirnya terjawab, mayat ditemukan dalam perut ular sawa
- Rogol pelajar tingkatan 2, 6 remaja berdepan 20 tahun penjara dan sebatan
Leave a Reply