Kecewanya seorang lelaki apabila wanita yang dicintai membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka.
Perkara itu membuatkan dia terkilan sehingga nekad membuat rusuhan di khalayak ramai dengan melanggar kereta bekas teman wanitanya itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan iaitu Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, detika kejadian telahpun tular di media sosial.
Malah, mangsa wanita berusia 20-an yang juga merupakan pemilik kenderaan jenis Perodua Myvi telahpun membuat laporan polis pada hari sama (Jumaat) di Balai Polis Bandar Sandakan.
“Hasil siasatan, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Bandar Ipoh.”
“Suspek lelaki berusia 20-an, pada masa kejadian memandu kenderaan jenis Perodua Viva yang juga merupakan bekas tunang kepada mangsa didapati dengan sengaja melanggar kenderaan suspek yang parkir di tempat letak kereta.”
Bagaimanapun, suspek telah ditahan pada jam 11.15 malam, juga pada hari sama laporan dibuat.
“Siasatan lanjut mendapati, motif sebenar kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa, berikutan perhubungan pertunangan mereka yang putus.”
“Suspek kini diatahan reman untuk siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.”
Turut baca
Leave a Reply