{VIDEO} “Nangis tersalah ‘transfer’ duit..” Gadis buntu penerima enggan pulang, suruh anggap sedekah

Niat ingin berkongsi rezeki dengan mak, namun lain pula ujian menimpa gadis ini apabila dia membuat transaksi ke nombor akaun yang salah.

Mengikuti lanjut kejadian itu, gadis tersebut gagal menyembunyikan rasa sedih dan terkilannya apabila hasratnya ingin memberi sedikit duit gaji pertamanya pada hari itu tidak kesampaian.

Dia dengan penuh yakin memberitahu maknya bahawa duit telah dipindahkan ke akaun wanita berkenaan, namun alangkah terkejutnya dia apabila dimaklumkan tiada sebarang pemindahan wang dibuat ke dalam akaun emaknya.

Gadis berkenaan mengakui kekhilafannya kerana tidak membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum meneruskan transaksi.

Bagaimanapun, apa yang lebih membuatnya terkilan individu yang menerima duit tersebut enggan mengembalikan semula, sebaliknya meminta dia ikhlas dan menganggap itu adalah sedekah.

Ramai meminta gadis itu membuat laporan polis berhubung kes tersebut.

Namun, ada pula yang mengatakan bahawa kes tersebut agak sulit untuk dibawa ke balai memadangkan kejadian berlaku atas kecuaian sendiri.

"Nangis tersalah 'transfer' duit.." Gadis buntu penerima enggan pulang, suruh anggap sedekah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*