{VIDEO} “Merdunya suara dia” – Guru vokal nyanyi lagu Dato’ Siti Nurhaliza curi tumpuan ramai

Dapat kita lihat sekarang ramai mempunyai bakat dalam bidang nyanyian

Oleh itu, dengan kepesatan teknologi ramai yang mengambil peluang untuk mengasah bakat mereka. Terdapat juga yang mempunyai suara yang menakjubkan sama seperti selebriti penyanyi popular.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang guru menyanyikan lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nyanyi lagu Nirmala sama seperti versi asal

Menerusi video yang dimuat naik oleh @itsmelaila13 di TikTok, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan seorang guru vokal sedang dirakam menyanyikan lagu di auditorium sekolah.

Dalam video itu dia dilihat menyanyikan lagu Nirmala oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza sementara menunggu pelajarnya bersedia untuk rakaman lagu.

Apa yang menarik perhatian adalah suaranya, lenggok serta alunan yang lembut dilihat sama seperti versi penyanyi asal. Dia juga dipaparkan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh bersahaja namun tetap menyajikan vokal yang hebat.

Video tersebut juga mempunyai sambungan di mana dia dilihat menyanyi dan menari bersama anak muridnya yang memakai pakaian tradisional.

“Ni la suara dan lenggok paling mirip Tokti. Patah-patah lenggok dia sama. Nyaring ramai boleh tiru, lenggok tak ramai” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.4M views, 85.7K likes dan 1,789 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji persembahan guru ini dan menyatakan suaranya yang persis seperti penyanyi asal.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*