VIDEO | ‘Mat Salleh’ tak sedar kena ‘scam’ dengan wanita Kelantan

‘Mat Salleh’ tak sedar kena ‘scam’ dengan wanita Kelantan

Belajar pelbagai bahasa pastinya bukan satu perkara yang pelik lagi pada ketika ini. Malah, ramai yang sedang berlumba-lumba untuk mahir dalam pelbagai bahasa kerana berguna ketika melancong ke luar negara.

Namun, lain pula dengan lelaki dikenali sebagai Wouter Corduwener dari Belanda ini yang dikatakan mampu menguasai 30 bahasa asing dari seluruh negara.

Disebabkan kehebatan yang dimiliki itu, lelaki berkenaan juga dengan berani mencabar orang awam dan memberikan 20 Eruo (RM92.50) kepada sesiapa yang menggunakan bahasa lain yang tidak diketahuinya.

Dalam video yang dimuat naik Myedisi9 memaparkan pertemuan Wouter dengan sekumpulan pelancong sekaligus membuat dia bertemu dengan seorang wanita Malaysia yang bercakap dalam dialek Kelantan.

Selepas menerima pertanyaan dari wanita berkenaan, dapat dilihat Wouter sukar untuk membalas semula apa yang dituturkan menggunakan dialek digunakan.

“So, demo kecek kelate ke? Bahasa apa demo kecek?” – Wanita Malaysia

Tidak berjaya membalas percakapan wanita berkenaan, Wouter segera memberikan 20 Eruo sebagai hadiah kerana berjaya menggunakan bahasa yang tidak dia ketahui.

‘Mat Salleh’ tak sedar kena ‘scam’ dengan wanita Kelantan
“So, demo kecek kelate ke? Bahasa apa demo kecek?” – Wanita Malaysia

Melihat salah seorang rakan wanita tersebut terpinga-pinga, Wouter menerangkan bahawa mereka menggunakan dua bahasa berbeza dimana wanita berkenaan berbahasa Malaysia manakala dia pula Bahasa Indonesia.

Rata-rata warganet kagum apabila Wouter tahu membezakan antara Bahasa Melayu dan juga Bahasa Indonesia.

Malah, ada juga yang berseloroh bahawa lelaki berkenaan tertipu dengan dialek Kelantan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*