{VIDEO} Lelaki tunjuk ‘anu’ dicekup polis

Lelaki yang dipercayai menunjukkan kemaluannya terhadap dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal akhirnya ditahan polis, hari semalam.

Suspek ditahan kurang dari lima jam selepas kejadian berlaku di Batu 22, Teroi, dekat sini sebelum mangsa membuat laporan polis.

Suspek dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 sambil menunjukkan kemaluannya kepada dua mangsa terbabit yang ketika itu sedang menunggang motosikal Ego Solaris.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Yan jam 5.45 petang semalam.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Shahnaz berkata, pengadu iaitu wanita yang berusia 27 tahun bersama anak saudara perempuan berumur 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan atau kerugian.

Dalam kejadian hari ini, dua wanita bersaudara cemas apabila terserempak dengan lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi ketika Nur Wahida Ahmad, 27, dan anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini, selepas mengikuti kursus kulinari di Guar Chempedak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*