{VIDEO} Kemalangan ‘ngeri’ di Genting Highlands, 6 maut, 9 cedera

Enam maut selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di sini hari semalam.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu berlaku ketika van yang dinaiki 15 orang sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang .

“Seramai enam orang yang terdiri daripada lima perempuan dewasa dan satu lelaki dewasa meninggal dunia manakala mangsa lain mengalami kecederaan.

“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*