SEORANG bayi dipercayai baru dilahirkan berjaya diselamatkan selepas dilaporkan terperangkap dalam sebuah perigi di daerah Sambalpur, Odisha, India pada Selasa.
Operasi menyelamat yang mengambil masa lebih lima jam itu berjaya dilakukan hasil bantuan kakitangan bomba dari Rengali, India dan juga anggota dari Pasukan Tindakan Pantas Bencana Odisha.
Difahamkan, penemuan bayi itu disedari orang ramai selepas terdengar tangisan dari perigi sedalam 4.6 hingga 6 meter di kampung Laripali, India.
#WATCH | An Infant who got stuck in an abandoned borewell in Odisha’s Sambalpur has been rescued. pic.twitter.com/FoxTuJId1o
— ANI (@ANI) December 12, 2023
Pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan punca kejadian itu namun penduduk tempatan mengesyaki kemungkinan bayi tersebut sengaja ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Dalam operasi menyelamat yang dijalankan, sejenis peranti Gentian Optik Khas dan kamera digunakan untuk membebaskan bayi berkenaan.
Sebaik berjaya diselamatkan, bayi itu kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Turut baca :
Leave a Reply