Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila keretanya terlibat dalam kemalangan dilanggar oleh kereta Jenis Perodua Myvi pada Sabtu di Penchala Link sekitar jam 5 petang.
Menerusi rakaman video ‘dashcam’ yang dimuat naik, pemandu Myvi terbabit merempuhnya dari arah belakang sebelum terbalik beberapa meter daripada kereta milik wanita ini.
Difahamkan, kejadian berpunca apabila pemandu Myvi berkenaan sedang bermain telefon sewaktu memandu sehingga hilang fokus.
Bagaimanapun, pemandu Myvi itu menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya memaklumkan bahawa dia sedang melihat ‘waze’ sebelum kejadian.
Dalam keadaan masing-masing sedang panik dan trauma, pemilik akaun yang juga merupakan mangsa tidak semena-mena bertindak menengking pemandu Myvi tadi ketika dia sedang mencari sesuatu di dalam kenderaannya.
Hal itu sekaligus menjadi perdebatan dalam kalangan netizen apabila masing-masing tidak berkenan dengan caranya berbuat demikian.
Tidak sepatutnya dia menengking kerana semua sedia tahu kedua-duanya masi dalam keadaan trauma dan sewajarnya mereka saling menenangkan, hatta kesalahan itu berpunca daripada pihak pemandu Myvi tadi.
Meninjau ke akaun milik pemilik dashcam, kini pihaknya masih memerlukan bukti lain dan menyeru orang ramai yang berada di tempat kejadian tidak keberatan berkongsi maklumat.
Tidak dengan itu, dia juga ada berkongsi keadaan semasa keluarga serta anaknya yang juga terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Turut baca
- {VIDEO} Gempar! Penduduk Sarawak nampak ‘hujan meteor’
- {VIDEO} “Dosa dia saya tanggung…” Suami mengamuk isteri ditegur lelaki tak dikenali
- {VIDEO} “Pasal ayam je pun…” Pasangan ‘bertekak’ dengan pekerja restoran
Leave a Reply