“Jangan salahkan kami…” Akui 99Speedmart selalu semak, lelaki tampil perjelas perkara sebenar. Pergilah mana-mana cawangan sekalipun, suasana di dalam 99 Speedmart kebanyakkannya agar bersepah dipenuhi dengan stok barangan daripada pembekal.
Hal itu sekaligus menyukarkan pelanggan untuk berjalan serta mencari barang yang ingin dibeli kerana ruangnya yang sempit dan berselisih dengan orang ramai.
Bukan sahaja pelanggan, seorang lelaki yang mewakili pekerja pasaraya itu juga meluahkan perkara sama.
Namun, dia berharap agar pelanggan tidak menyalahkan pekerja dengan menganggap mereka pemalas dan sebagainya kerana semua yang berlaku adalah di luar kemampun mereka.
Dalam perkongsian Hidayat, dapat kita saksikan betapa sesaknya ruang di dalam premis tersebut dengan lambakan stok yang datang.
Disebabkan jadual penghantaran yang tidak teratur, majoriti pekerja gagal menyusun stok dengan baik kerana tiada ruang penyimpanan.
Menurut pendedahan netizen yang juga pernah berkhidmat dalam bidang itu, difahamkan punca berlaku lambakan stok kerana pembekal datang tak kira waktu.
Lebih dahsyat, adakalanya mereka hantar barang yang stoknya masih banyak di dalam stor simpanan.
Leave a Reply