“Ini ujian untuk saya…” Treler bawa Honda terbakar, pemandu akur kena ‘rehat’ sementara. Seorang pemandu treler yang terlibat dalam insiden kebakaran pada petang semalam luah terkilan apabila tidak dapat meneruskan bekerja buat sementara waktu.
Menerusi video yang dimuat naik, memaparkan keadaan sejumlah kenderaan yang dibawa olehnya rentung dijilat api.
Menurut sumber Utusan,kebakaran itu melibatkan bahagian belakang sebuah lori bersendi membawa kereta baharu dan turut terbakar empat buah kereta.
“Secara keseluruhannya terdapat enam buah kereta di atas kenderaan berkenaan. Empat daripadanya musnah 100 peratus, sebuah terbakar 50 peratus dan sebuah lagi tidak terbakar.” -Ketua Bomba.
Dalam videonya yang lain, difahamkan treler tersebut baru dibeli 3 hari lepas dan boleh dikatakan kenderaan itu masih baru untuk mengalami sebarang masalah.
Namun, malang tidak berbau, malah dia juga reda dengan ujian yang menimpanya pada hari itu.
Leave a Reply