Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa
Di Malaysia, hari raya sudah pastinya disambut meriah. Malah, pelbagai persiapan telah dilakukan. Amalan ziarah menziarahi rumah ke rumah juga sudah menjadi perkara yang mesti dilakukan.
Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini yang fasih berbahasa tamil ketika menjemput jirannya yang datang beraya.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang melayan jirannya berbangsa India yang datang ke rumahnya.
Dapat dilihat, wanita berkenaan terus berborak dalam bahasa tamil selepas jirannya itu datang untuk beraya ke rumah.
“Mak happy bila anak jiran India datang raya. Terus mak cakap Tamil,” tulis anak wanita itu di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memuji cara wanita tersebut melayan tetamu dan ramai yang terkejut dengan kebolehannya berbahasa tamil.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M views, 67.9K likes dan 2,196 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Leave a Reply