Apabila seseorang itu terlibat dalam kemalangan, perasaan trauma dan panik itu semestinya menyelebungi diri.
Dalam waktu sama, mulai terfikir adakah kita sendiri telah berbuat silap sehingga menjadi punca kepada sesuatu insiden.
Begitulah juga yang mungkin dilalui oleh pakcik ini.
Menerusi perkongsian seorang ‘influencer’ bernama Alif Teega, dia ada memuat naik sebuah video menyaksikan keadaan keretanya selepas terlibat dalam kemalangan di lebuhraya.
Usai menguruskan hal berkaitan kereta, dia kemudiannya ke balai polis untuk membuat laporan pula.
Ketika di situ, dia terserempak dengan pemilik kereta yang telah bertembung dengannya.
Pun begitu, dia tidak menyangka lelaki berstatus pakcik itu terlalu merendah diri sehingga berulang kali meminta maaf di atas kejadian menimpa mereka berdua.
Lebih menyentuh emosi, air mata pakcik itu mengalir sewaktu Alif menghulurkan duit kepadanya.
Walaupun pada awalnya pakcik itu menolak pemberian tersebut, tetapi akhirnya dia mengambil juga dengan pujukan Alif.
Netizen terharu dengan adab pakcik berkenaan yang sememangnya jarang ditemui ketika ini.
Leave a Reply