{VIDEO} “Ibu pilu, kucup anak…” Tak sempat bawa ke hospital, bayi meninggal dalam bas ekspres

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tak digambarkan betapa pilunya hati seorang ibu apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan pergi buat selama-lamanya.

Pada Isnin lalu, seorang bayi dilaporkan meninggal dunia dalam dakapan si ibu ketika dalam perjalanan dari Pekan Julau ke hospital di Kuching, Sarawak menaiki bas ekspres. Tidak sempat menerima rawatan, si kecil telah pergi buat selama-lamanya. Menurut sumber, si ibu hanya menyedari anaknya sudah tidak bernafas ketika bas tersebut berhenti rehat di Jelukong Rest Stop.

Menerusi video tular, kelihatan si ibu terkejut dengan apa yang berlaku sambil memeluk erat dan mengucup kepala bayinya. Seorang ketua rumah panjang (tuai rumah) kemudian membantu membawa bayi tersebut ke pusat perubatan selain menghulurkan RM300 untuk perbelanjaan si ibu.

Kisah tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga kecil ini. Dalam kesempatan itu, mereka menitipkan ucapan takziah dan berdoa agar si ibu kuat menghadapi dugaan hidup. Netizen turut berpendapat bahawa pemergian si bayi seolah-olah seperti sedang tidur.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*