Berita gembira buat rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke Sandakan dengan harga RAHMAH!
Terima kasih Hotel Elopura kerana menjemput saya untuk merasmikan Pakej RAHMAH baharu iaitu “Hotel RAHMAH” di Sandakan, Sabah, kata Salahuddin Ayub, Menteri KPDN.
Hotel Elopura menawarkan Pakej RAHMAH dengan diskaun sebanyak 20 peratus serta percuma bersahur sepanjang bulan Ramadan serta pakej ini diteruskan selama seminggu semasa Hari Raya Aidilfitri dengan sarapan pagi percuma.
Saya harap dengan adanya Pakej RAHMAH seperti ini dapat sekaligus meningkatkan ekonomi industri pelancongan di Sandakan.
RAHMAH untuk Malaysia.
Leave a Reply