{VIDEO} “Hidup pun susahkan orang…” Jiran berlagak samseng undang kecaman

“Hidup pun susahkan orang…” Jiran berlagak samseng undang kecaman. Polis menahan seorang lelaki selepas perbuatannya menggangu jiran menjadi tular di media sosial dalam kejadian di kawasan perumahan di Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu didedahkan pemilik akaun @FahmiAli apabila dia memuat naik beberapa video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan perbuatan lelaki terbabit sehingga membuatkan isteri dan anaknya fobia untuk keluar rumah.

“Nak cerita pun tak tahu nak mula dari mana. Bayangkan ibu dia (jiran) pun reda kalau anak mati, hidup pun menyusahkan orang.

“Penagih yang selalu membuat ibunya menangis ketakutan setiap hari. Kesan daripada pengambilan dadah dia mengamuk pegang parang siang malam,” luahnya.

Menurutnya, sebelum ini pihak polis sudah menerima beberapa laporan daripada jiran-jiran yang lain berkait individu berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan lanjut diambil ekoran lelaki tersebut merupakan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana mengalami masalah mental.

Sementara itu, menerusi akaun sama, lelaki yang juga seorang OKU itu dipercayai telah diberkas dan Kosmo! masih lagi menunggu kenyataan serta pengesahan dari pihak polis.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*