{VIDEO} Hampir 8 tahun menanti zuriat, ahkirnya….
Sepasang suami isteri begitu teruja sehingga sama-sama menitiskan air mata setelah penantian hampir lapan tahun untuk memiliki cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok, Ninasyazana, dia memuat naik rakaman memaparkan reaksi suaminya sewaktu melihat kit ujian kehamilan berserta gambar imbasan bayi yang diletakkan di atas tempat duduk kereta.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan si suami terdiam kaku seketika sewaktu mahu melangkah masuk ke dalam kereta.
Kemudian, lelaki tersebut terus menangis sambil bertanya berulang kali kepada isterinya adakah wanita itu benar-benar mengandung.
“Apa ini? Serius kah? Alhamdulillah,” luah lelaki itu.
Ninasyazana juga menyifatkan berita kehamilannya itu adalah sebagai hadiah paling bermakna buat dia dan suami bagi tahun 2023.
“Hadiah paling bermakna tahun 2023, penantian hampir lapan tahun, akhirnya Allah makbulkan.
“Untuk 2024, semoga lebih bersinar dengan kebahagiaan,” katanya.
Perkongsian Ninasyazana telah meraih lebih 1.6 juta tontonan dalam masa 24 jam dan ramai yang meninggalkan komen mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.
“Aku menangis sekali kenapa? Alhamdulillah tahniah awak,” kata @Queen.
“Alaaa…kita pun turut terharu, semoga yang baik-baik sahaja untuk awak dan suami, semoga anak yang dalam kandungan membesar dengan sihatnya,” ucap @mummyaisy.
Dalam pada itu, Ninasyazana sempat menitipkan pesanan kepada pasangan suami isteri lain yang masih menantikan zuriat pertama mereka selama bertahun-tahun untuk kekal bersabar dan jangan berhenti mencuba.
“Jadikan penantian ini (untuk mengandung) sebagai salah satu kekuatan untuk terus bersabar. Allah tengah uji sabar, sedikit sahaja lagi. Insya-Allah akan sampai masanya.
“Jangan penat dan jangan pernah berhenti usaha,” pesannya.
Turut baca :
Leave a Reply