Kita semua sedia tahu bahawa setiap kenderaan yang mempunyai kepentingan seperti ambulans perlu diutamakan.
Namun, jangan tak percaya masih ada segelintir masyarakat di luar sana kurang peka dengan perkara tersebut.
Misalnya, sepertimana yang terjadi dalam video yang dikongsi oleh @paeh_pc kepada akaun Instagram ‘igkelantan’.
View this post on Instagram
Menerusi sorotan tersebut, kelihatan gelagat pemandu lori yang berada di lorong kanan enggan menukar laluannya sedangkan kedengaran kuat bunyi siren ambulans di belakang.
Jadi, ambulans tersebut akhirnya mengalah dan memintas lori berkenaan dengan menggunakan lorong kiri.
Meskipun begitu, ada pula yang geram dengan sikap pemandu ambulans itu yang dilihat seolah-olah sengaja ingin mengeruhkan keadaan.
Namun tak kurang juga yang menyalahkan pemandu lori yang sememangnya bersalah kerana menggunakan lorong tersebut sedangkan dia tahu kenderaan yang dibawa adalah berat dan besar.
Turut baca :
Leave a Reply