Geng motor ‘naik angin’, serang pemandu brek mengejut di ‘lane’ kecemasan. ‘Sudah terhantuk baru terngadah, kena ketuk dulu baru tersedar.’
Peribahasa itu bagi menggambarkan sikap sebilangan pengguna lebuhraya di luar sana yang tidak sedar telah melanggar undang-undang jalan raya sehinggalah sesuatu insiden menimpa mereka.
Samalah kisah yang menimpa pemandu ini, cuma dia tidak bernasib baik pada hari itu apabila tindakannya menggunakan laluan kecemasan telah menyebabkan kemalangan bersama kumpulan motosikal.
Dalam paparan yang dimuat naik di halaman ‘Majalah Kapcai Malaysia’, kelihatan sekumpulan geng motosikal sudah mengepung sebuah kereta SUV berwarna hitam di laluan berkenaan.
Bukan itu sahaja, ada dari kalangan mereka gagal menahan emosi sehingga bertindak menengking dan memarahi pemandu tersebut meminta dia keluar dari keretanya.
Menurut sumber, sebelum kejadian terdapat dua buah kereta yang terdiri daripada SUV Mazda tadi dan juga Vellfire telah melalui lorong kecemasan itu.
Kedua-duanya didapati brek secara mengejut ketika hendak kembali ke laluan utama menyebabkan berlaku pertembungan dengan geng motosikal yang berada di belakang mereka.
Bagaimanapun, pemilik SUV yang dalam cubaan untuk melarikan diri berjaya ditahan 500 meter dari lokasi kejadian manakala pemilik Vellfire pula ditemui 5km dari lokasi.
Turut baca : {VIDEO} “Berani tak bertempat…” Pemuda buat aksi masuk bawah treler undang kecaman
Adapun begitu, tampil individu di tempat kejadian memaklumkan bahawa isteri pemandu itu sedang hamil dan mereka beranggapan dia mungkin perlu menyegerakan perjalanannya.
Malah, kes juga telah dibawa ke balai polis berdekatan.
Leave a Reply