“Dunia makin pelik…” Netizen selar ustaz lambung bayi depan jemaah.
Itu antara luahan orang ramai susulan melihat video yang dikongsi oleh pemilik akaun Twitter bernama @lady_bugg11.
Menerusi video berdurasi 12 saat itu, kelihatan seorang lelaki bergelar ustaz melambung seorang bayi lingkungan usia tak sampai 2 bulan.
Lambung bayi atau goncang bayi sangat bahaya kerana boleh menyebabkan pendarahan subdural berserta dengan keretakan tulang dada (ribs) dan pendarahan dalam mata dipanggil ‘Shaken Baby Syndrome’. (KKM) ajaran sesat mana la pulak pic.twitter.com/vozGrKScsZ
— yaniee (@lady_bugg11) August 28, 2022
Dalam video berkenaan, dia melakukan perbuatan tersebut sambil berjalan dan tersenyum di hadapan barisan jemaah masjid yang lain.
Pemilik akaun menerusi tulisannya memberitahu bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan bayi terbabit mengalami pendarahan subdural berserta dengan keretakan tulang dada.
Justeru itu, dia tertanya tanya akan motif ustaz tadi berbuat sebegitu terhadap bayi yang kelihatannya masih belum cukup kuat untuk diperlakukan kasar.
Malah, warganet luah juga luah gerun melihat aksi tersebut yang jelas sekali mengundang bahaya.
Dalam waktu sama, mereka juga tertanya-tanya akan sumber video tersebut diperoleh kerana ingin memaklumkan kepada pihak terlibat bagi menangani situasi tersebut.
Leave a Reply