{VIDEO} CCTV bongkar sikap orang gaji, apa yang berlaku sangat mengejutkan

CCTV bongkar sikap orang gaji, apa yang berlaku sangat mengejutkan.  Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, kebiasaannya mereka akan menghantar anak ke rumah pengasuh atau membayar orang gaji yang mana tugasnya termasuk menjaga dan menguruskan rumah.

Jadi, mereka pastinya berharap anak-anak selamat di bawah jagaan individu berkenaan sementara masing-masing keluar bekerja nanti.

Begitulah juga yang diharapkan oleh pasangan suami isteri ini, namun entah bagaimana hatinya tergerak untuk memasang kamera tersembunyi (CCTV) di rumah bagi memastikan anak-anaknya berada dalam keadaan baik.

Pun begitu, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati anak bongsunya diperlakukan dengan kasar oleh pembantu rumahnya.

Dedah wanita itu, pembantu rumahnya mulai menunjukkan perangai peliknya sejak beberapa bulan lalu iaitu selepas dia mengenali seorang lelaki di dalam sebuah aplikasi.

Malah, dia juga kerap bermain telefon dan membuat panggilan video daripada melakukan kerja-kerja di rumah, sedangkan tugasnya cuma perlu menjaga anak bongsunya sahaja memandangkan dia masih kecil dan perlu sentiasa diperhati.

Kekasih janji nak kahwin

Lebih mengejutkan, lelaki itu telah menjanjikan bermacam-macam perkara termasuklah ingin menikahi pembantu rumahnya ini, walhal tak pernah berjumpa sekali pun.

Bagaimanapun, difahamkan pembantu rumahnya sudahpun diberhentikan khidmatnya.

Rentetan peristiwa yang menimpa, dia berharap agar pihak di luar sana sentiasa memantau kerja-kerja pembantu rumah.

Itu bukan bermakna kita tak percayakan mereka, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga sebelum insiden lain pula yang terjadi.

{VIDEO} CCTV bongkar sikap orang gaji, apa yang berlaku sangat mengejutkan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*