{VIDEO} “Bukan semua lelaki sama…” 4 tahun dilayan bak permaisuri, gadis kecewa kekasih main kayu tiga

Menjadi impian setiap wanita yang mahu dilayani seperti permaisuri oleh kekasih hati mereka. Mana tidaknya, layanan seperti itu jelas menunjukkan bahawa lelaki berkenaan sangat menyayangi wanita tersebut.

Bagaimanapun, lain pula yang terjadi pada seorang gadis ini apabila kepercayaannya dikhianti apabila teman lelaki kantoi bermain kayu tiga di belakangnya.

Berkongsi pengalaman tersebut di paltform TikTok, gadis yang mahu dikenali sebagai Mayang Putri ini memaklumkan bahawa dirinya dilayan bak permaisuri selama empat tahun.

Namun, semuanya hancur apabila teman lelakinya dalam diam ‘bermain’ dengan wanita lain.

Dalam video yang dimuat naik itu, dapat dilihat gadis berkenaan berkongsi beberapa chat perbualan diantara teman lelakinya bersama beberapa wanita lain.

Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki berkenaan kerap kali keluar masuk hotel dengan wanita yang dikenali itu.

Kecewa akan perkara tersebut, Mayang membuat pilihan untuk menamatkan hubungan tersebut sekaligus menyekat nombor teman lelakinya itu.

Susulan video tersebut tular, bekas kekasihnya itu meminta agar video tersebut diturunkan memandangkan menjatuhkan air mukanya.

Rata-rata warganet bersetuju akan tindakan gadis berkenaan. Malah, mereka juga berpendapat bahawa terdapat lelaki lain yang lebih layak buat gadis tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*