Boling adalah permainan yang bukan sahaja boleh dimainkan orang dewasa malah kanak-kanak juga boleh turut serta.
Begitu juga dengan sukan-sukan yang lain. Ibu bapa digalakkan untuk mengajak anak-anak menceburi bidang sukan sejak kecil.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang budak lelaki sedang bermain boling dan berjaya mendapatkan strike.
Lihat video tersebut di bawah:
Gaya kaki selepas melontar bola boling menjadi perhatian
Menerusi video tersebut, dapat dilihat budak lelaki itu melontar bola dengan bantuan alat istimewa yang dibuat sendiri menggunakan barang-barang ‘DIY’.
Apa yang menghiburkan adalah gaya kaki budak tersebut yang secara tiba-tiba bertukar seakan-akan meniru gaya refleks kaki pemain boling selepas melakukan lontaran.
“Masalahnya bola jalan dulu baru gaya kaki” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 190.5K views, 4.9K likes dan 749 shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi terhibur terhadap aksi budak lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Leave a Reply