Tindakan seorang wanita yang berkelakuan ‘kasar’ terhadap seorang bayi tular di media sosial sejak Isnin dan mengundang amarah dalam kalangan warga maya.
Manakan tidak, wanita yang dipercayai pengasuh di sebuah taska yang terletak di Mutiara Rini, Skudai, Johor turut berkelakuan pelik dan disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.
Melalui dua video yang dikongsikan seorang pengguna Facebook Syed Mirul Alhadadd memaparkan, wanita berkenaan berulang kali meniup hidung bayi berkenaan yang sedang tidur nyenyak sekali gus menyebabkan bayi tersebut bangun dan menangis.
- Turut baca : Konsert Coldplay : ‘Kalau bab artis laju je, kena puak sendiri, senyap seribu bahasa’ – Baby Shima
Pada masa, dalam video berdurasi kurang seminit itu juga jelas kelihatan pengasuh berkenaan bertindak kasar dengan menekap dan menghempas bayi berkenaan ke tilam.
Lebih menggeramkan lagi, wanita itu langsung tidak mempedulikan tangisan bayi tersebut yang menangis kesakitan.
Menurut individu yang berkongsi video tersebut, rakaman video berkenaan dirakam oleh salah seorang lagi pekerja di taska berkenaan dan belum ada sebarang laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa kerana risau akan keselamatan dirinya.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan daripada pihak berkuasa.
Leave a Reply