{VIDEO} “Anda layak diberi pujian…” Nahas 2 beranak di Banting, rider muncul hero kawal trafik sesak

“Anda layak diberi pujian…” Nahas 2 beranak di Banting, rider muncul hero kawal trafik sesak

Tindakan seorang penunggang lelaki yang tampil mengawal kesesakan lalu lintas dan trafik sesak akibat kemalangan di Banting, Selangor pada Isnin meraih pujian warganet.

Difahamkan, perbuatan itu bertujuan bagi memudahkan jentera bomba dipercayai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA untuk ke lokasi kejadian.

Kemalangan membabitkan lima buah kenderaan termasuk sebuah lori yang dilaporkan terbalik, telah mengakibatkan laluan dua hala di situ terhalang dan bergerak perlahan.

Rakaman itu kemudiannya tular di laman media dan rata-rata warganet memuji keberanian individu terbabit.

 

“Ini yang dikatakan wira gagah dan berani, bepuluh-puluh orang ada di situ tetapi dia seorang sahaja yang turun membantu, kalau tak ada dia mungkin susah bomba nak sampai,” kata AuniSafiyyaaa.

“Cuba bayangkan pesakit itu adalah keluarga kita, syukur ada insan hebat macam abang ni, dia sahaja yang berani nak tolong kawal trafik sesak macam itu,” ujar Farid887say.

“Terbaik abang ni, mudahkan urusan orang satu hari ALLAH mesti balas kau bang sebab buat baik,” tambah JassRimul.

Dalam pada itu, dua beranak dilaporkan maut dalam kemalangan terbabit selepas kereta dinaiki dihempap sebuah lori dipercayai berpunca daripada perlanggaran yang berlaku di Jalan Banting–Dengkil, Kuala Langat, Selangor pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kedua-dua mangsa yang maut di lokasi kejadian adalah ibu dan anak perempuannya masing-masing berusia 10 tahun dan 40-an.

“Seorang lagi anak perempuan berusia 20-an cedera di bahagian kaki,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, seramai 10 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dan Teluk Panglima Garang, Selangor terlibat dalam operasi tersebut.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*