Empat kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan seorang peniaga dikenali Ayahanda Zul mengugut anggota dan pegawai polis Kontijen Terengganu pada dua bulan lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, lelaki berusia 53 tahun itu masih ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut sehingga lusa.
“Setakat ini, dia disyaki mengugut empat anggota dan pegawai polis di Dungun dan Kuala Terengganu termasuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman.
- Turut baca : Kejam !!! Bayi 4 bulan koma didera pengasuh
“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1963,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu di sini hari ini.
Kosmo! 3 Januari lalu melaporkan peniaga terbabit berjaya diberkas di Bangi, Selangor pada pukul 12 tengah malam, 2 Januari lalu.
Siasatan awal mendapati lelaki itu disyaki menggunakan pertubuhan haram diketuainya untuk melindungi kegiatan pengedaran dadah di sekitar daerah Dungun.
Dia kemudiannya tidak berpuas hati dengan ketegasan PDRM membanteras aktiviti pengedaran dadah di daerah itu.
Leave a Reply