“Turut disuruh bertaubat…” Penghantar makanan hina Islam didenda RM50,000

Penghantar makanan hina Islam didenda RM50,000.  Padah membuat hantaran jelik menghina agama Islam di aplikasi YouTube, seorang penghantar makanan didenda RM50,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang.

Hakim, Ahmad Rizki Abdul Jalil membuat keputusan itu terhadap Mohd Nor’muzil Mohd Razalli, 39, pada Khamis.

Dalam keputusannya, Ahmad Rizki turut mengarahkan Mohd Nor’muzil menjalani hukuman penjara enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Laporan di MalaysiaGazette, dalam keputusan sama, Ahmad Rizki juga menasihatkan tertuduh agar menginsafi terhadap kesalahan yang dilakukannya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*