Tunku Putera Johor terselamat dalam kemalangan

Tunku Putera Johor terselamat dalam kemalangan. Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dilaporkan terlibat dalam kemalangan semasa pusingan kelayakan GT World Challenge Australia apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terbalik di litar Mount Panorama, Bathurst, New South Wales, Australia, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi milik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda memaklumkan bahawa Tunku Abu Bakar terlibat dalam kemalangan, namun tidak mengalami sebarang kecederaan serta menzahirkan rasa syukur.

Saya bersyukur Tunku Putera tidak cedera. Pastinya tengah terkejut, tetapi dia ok. Saya memberitahunya untuk terus kuatkan semangat, teruskan usaha dan harumkan nama Johor.

Dia hampir melayakkan diri di tempat ketiga untuk perlumbaan esok, dan ia adalah penampilan pertama Tunku Abu Bakar di litar itu. Dia dan Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman menunjukkan potensi serta persembahan yang baik.

Baginda turut bertitah, Tunku Abu Bakar hilang kawalan ketika melalui bahagian McPhillamy Park litar pada kelajuan lebih 200 kilometer sejam lalu terbabas ke penghadang tayar sebelum kereta jenis Mercedez Benz GT3 yang dipandu olehnya terbalik.

Orang ramai menarik nafas lega sejurus melihat YAM Tunku Abu Bakar berjaya mengeluarkan diri dari kereta dan menunjukkan tanda ‘peace’ kepada penonton sebelum menaiki kenderaan kakitangan litar dan perubatan.

Disebabkan insiden serta kerosakan yang dialami, putera bongsu baginda dan rakan pasukan, Jamie Whincup terpaksa menarik diri daripada bersaing dalam perlumbaan ‘endurance’ tiga jam pada hari ini.

Manakala, Tunku Abdul Rahman dan rakan sepasukannya, Broc Feeney akan meneruskan cabaran JMR Triple Eight Race Engineering yang bermula dari petak kedua grid.

Turut baca :

Tunku Putera Johor terselamat dalam kemalangan

Tunku Putera Johor terselamat dalam kemalangan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*