Tragedi buka puasa : Empat beradik selamat dikebumi dalam satu kubur

Empat beradik yang maut dalam insiden kebakaran rumah

Jenazah empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar, di sini, malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu kubur.

Kesemua mereka iaitu Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, kira-kira pukul 8.15 malam semalam.

Terdahulu, keempat-empat jenazah disembahyangkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dengan turut disertai ahli keluarga terdekat sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Ibu bapa mangsa, Nabila Sedu, 31 dan Thein Ko Htut, 30, kelihatan sugul dan tidak bermaya tatkala mengiringi jenazah keempat-empat anak mereka.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat kanak-kanak malang berkenaan ditemui maut dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan daripada kejadian kebakaran yang berlaku di kediaman mereka.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*