“Tidak dapat bendung perasaan lagi…” 25 tahun tak jumpa ibu, anak hanya mampu tatap jenazah

“Tidak dapat bendung perasaan lagi…” 25 tahun tak jumpa ibu, anak hanya mampu tatap jenazah.

Seorang anak tidak dapat membendung perasaan apabila hanya mampu menatap jenazah ibunya selepas 25 tahun tidak berjumpa.

Lapor Kompas.com, Subaidah, 41, dari Kampung Watukebo, Banyuwangi berkata, ibunya meninggal dunia di Malaysia 9 Mei lalu, dan jenazah tiba di kampung halaman tiga hari selepas itu.

"Tidak dapat bendung perasaan lagi..."  25 tahun tak jumpa ibu, anak hanya mampu tatap jenazah
JENAZAH Wakiah, 57, diserahkan kepada ahli keluarganya di Desa Wakutebo, Banyuwangi, Jawa Timur

Katanya, ibunya dihantar bekerja ke Malaysia oleh pihak penaja sebagai pekerja migran Indonesia semasa dia masih bersekolah.

Jelasnya, ibunya sempat meminta nombor telefon rumah jirannya sebelum berangkat supaya dapat berkomunikasi dengan keluarganya.

Turut baca

“Namun, malang sekali pihak penaja membuang rekod nombor telefon dan mengawal gaji ibu saya selama 10 tahun.

“Apabila ibu saya bertanyakan tentang gajinya, dia hanya dimaklumkan wang tersebut sudah dihantar kepada anaknya di Indonesia.

“Sedangkan wang tersebut tidak pernah diterima langsung. Ibu saya mudah ditipu disebabkan dia buta huruf,” katanya.

Selepas 15 tahun berlalu, wanita itu masih ditipu orang lain sehingga dia tidak pernah menerima wangnya sendiri.

Situasi tersebut menyebabkan dia tidak dapat mengirimkan wang kepada ahli keluarganya.

Subaidah bahkan tidak mempunyai cara untuk menghubungi ibunya sehingga dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Saya pernah berkomunikasi dengan ibu melalui panggilan video, tetapi dia tidak boleh bercakap dan hanya dapat melihat anak dan cucunya sambil menangis.

“Itu adalah peluang pertama dan terakhir kami dapat melihat antara satu sama lain disebabkan keadaan ibu yang semakin teruk hingga meninggal dunia selepas itu.

“Bayangkan saya tidak dapat melihat dan berkomunikasi dengan ibu sendiri selama 25 tahun. Bayangkan bagaimana perasaan saya apabila pulang ke sini, ibu sudah meninggal dunia,” luahnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*