“Terpaksa tangkap muat…” Industri seni kekurangan pelakon, ini penjelasan Yusof Haslam

Yusof Haslam

“Terpaksa tangkap muat…” Industri seni kekurangan pelakon, ini penjelasan Yusof Haslam.   Penerbit dan pengarah berkaliber, Datuk Yusof Haslam berpendapat, industri seni sebenarnya kekurangan pelakon, meskipun ramai bakat baharu hadir mencipta nama.

Katanya, sebagai penerbit, dia kadang-kadang terpaksa bersikap tangkap muat ketika mencari pelakon bagi menggalas watak dalam sesebuah naskhah, malah pernah meletakkan pelakon yang ‘kosong’ sebagai pemegang karakter utama.

“Walaupun untuk watak pembantu, susah kita hendak cari pelakon yang sesuai. Terpaksalah tangkap muat. Kita perlukan pelakon, terutama sekarang banyak saluran termasuk penstriman.

“Ada pelakon yang punya full package, tetapi tidak tahu bawa diri. Ada yang tak ada look untuk watak hero dan heroin, tetapi berbakat besar. Kita kekurangan pelakon yang berkualiti. Itu belum masuk bab bayaran,” katanya.

Bapa kepada pengarah prolifik, Syamsul Yusof ini berkata demikian ketika sidang media program realiti baharu, Fit For Action yang bakal bersiaran bermula September ini di TV3.

Yusof menggalas tanggungjawab sebagai ketua juri untuk mengadili 12 peserta yang bakal berentap merebut gelaran juara pertama program pencarian bakat lakonan tersebut.

Dalam pada itu, Yusof berkata, Fit For Action bakal menjadi ‘sekolah’ yang baik untuk mereka yang betul-betul mempuyai semangat dan keinginan menimba ilmu menerusi sebuah program realiti.

“Selain saya, peserta bakal dididik dengan ilmu lakonan bersama tiga pengarah hebat, Heykal Hanifah, Aziz M. Osman dan Ellie Suriaty. Apa yang saya boleh katakan,. kesemua peserta mempunyai potensi. Biasalah, awal-awal mestilah ada kekurangannya.

“Tetapi, mereka masih baharu. Banyak lagi perkara dan teknik lakonan yang harus mereka pelajari. Pelakon terkenal pun kadang-kadang masuk set blur, inikan pula mereka yang baru merangkak,” katanya.

"Terpaksa tangkap muat..." Industri seni kekurangan pelakon, ini penjelasan Yusof Haslam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*