“Ternyata dunia sudah terbalik…” Kekasih isteri ajak rakan belasah suami

“Ternyata dunia sudah terbalik…” Kekasih isteri ajak rakan belasah suami. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang penduduk di Kota Makasar, Sulawesi Selatan diserang sekumpulan lelaki dengan salah seorang pelaku merupakan teman lelaki isterinya, lapor laman berita Suara.com.

Insiden itu dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya dan dimuat naik dalam akaun Instagram @kamerapengawas.id.

Ketika kejadian, beberapa orang kelihatan sedang berlari selain suara wanita kedengaran menjerit.

Menurut akaun tersebut, lelaki yang menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa telah mengajak tiga rakan sekerjanya untuk memukul mangsa secara beramai-ramai.

Ia turut memuat naik keadaan mangsa selepas dibawa ke hospital. Terdapat beberapa kesan luka pada badan mangsa akibat dipukul kumpulan tersebut.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Dunia terbalik yang dipukul malah suami yang sah,” kata seorang netizen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*