TERKINI | Lot kedai di Pasar Datuk Keramat dijilat api

TERKINI | Lot kedai di Pasar Datuk Keramat dijilat api.

Lot kedai di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur, terbakar awal pagi tadi, turut membabitkan rumah berhampiran.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kebakaran marak disebabkan binaan kedai yang diperbuat daripada kayu.

TERKINI | Lot kedai di Pasar Datuk Keramat dijilat api
Kebakaran didapati sangat marak apabila pihak bomba tiba di lokasi kejadian di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur awal pagi tadi, namun ia berjaya dikawal pada 2.11 pagi.

Komander Operasi Mohd Fahmi Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.30 pagi tadi dan sepasukan operasi dengan kekuatan 47 orang anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada 1.41 pagi, (didapati) keadaan api sangat marak,” katanya dalam kenyataan.

“Kebakaran melibatkan lot kedai berkeluasan 80 x 120 kaki persegi dan anggaran kemusnahan kebakaran sebanyak 50%.

“Kebakaran turut melibatkan sebahagian rumah berhampiran terbakar dan dianggarkan musnah 10%.”

Kebakaran berjaya dikawal pada 2.11 pagi dan tiada mangsa dilaporkan cedera.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, kata Mohd Fahmi.

Tahun lepas, dilaporkan lebih 40 gerai yang kebanyakannya sederet di pasar tersebut turut musnah dalam kebakaran.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*