Tak sokong isu bersalin, Ustazah Siti Afifah ‘tempelak’ Ustaz Azhar Idrus

Tak sokong isu bersalin, Ustazah Siti Afifah ‘tempelak’ Ustaz Azhar Idrus. Isu berkenaan suami yang dikatakan dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyambut bayi mereka ketika bersalin nampaknya belum berakhir lagi.

Terkini, penceramah kontroversi, Ustazah Siti Afifah yang tular berkenaan isu bersalin sebelum ini menyoal pula Ustaz Azhar Idrus yang mengaitkan (bersalin) adalah dalam keadaan darurat.

“Pernah tak ustaz berada dalam situasi dalam tu, ustaz pernah bersalin tak? Ustaz pernah rasa sakit seperti mana orang wanita rasa ketika bersalin?

“Betul ustaz ada isteri, tapi ustaz tidak pernah rasa bagaimana dijolok dan sakitnya ketika bersalin,” ujar Siti Afifah melalui video terbaharunya.

Paling menyedihkan apabila Siti Afifah turut mengaitkan tentang para ulama seperti Azhar Idrus yang tidak menyokong apa yang diperjuangkannya mengenai isu bersalin ini.

“Apa yang ustaz buat sebagai seorang alim ulama, orang berilmu. Mana perjuangan ustaz selama ini, mana jiwa kamu.

“Ini maruah wanita ni, jangan kita mudah sangat kata ini haram dan ini halal,” soalnya.

Sebelum ini, Azhar melalui satu ceramahnya berkata, wanita yang bersalin dengan disambut doktor lelaki berada dalam keadaan darurat yang mana ketika itu tiada pilihan.

“Bersalin ini berkait dengan nyawa iaitu dua nyawa (anak dan ibu), jika sudah masuk dalam bilik persalinan tak akan kita nak pilih doktor pulak.

“Yang berdosa ni apabila wanita sengaja pilih nak doktor lelaki, bagi yang berduit bersalin dekat hospital swata tapi minta atau sengaja nak doktor lelaki yang sambut bayinya,” jelas Azhar Idrus.

Rata- rata pengguna media sosial turut menyokong apa yang telah diterangkan oleh Azhar Idrus berkenaan dengan keadaan semasa wanita bersalin yang berada dalam tempoh darurat.

“Aku sebenarnya faham je apa yang UAI sampaikan, kenapa ustazah ini pula yang mengarut sampai kata orang ulama tak menyokong.

“Memang bersalin dalam keadaan darurat, kecualilah kita yang memilih nak doktor lelaki,” ujar Farah Nadia.

“Kak saya tahu sakit, tapi kalau kita sudah berada dalam bilik bersalin dan tengah tahan sakit tak akan la kita tak nak bersalin, nak tunggu juga doktor wanita.

“Kalau kak dalam keadaan macam tu akak sanggup tunggu ke? Kalau doktor wanita memang tak ada macam mana pula ye kak?” soal Adrine Mikael.

Turut baca :

Tak sokong isu bersalin, Ustazah Siti Afifah 'tempelak' Ustaz Azhar Idrus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*