“Tak sangka video bot tular…” Gerun lihat bot bertembung, lelaki tampil maklumkan keadaan

“Tak sangka video bot tular…” Gerun lihat bot bertembung, lelaki tampil maklumkan keadaan.  Percutian sekumpulan pelancong bertukar tragedi apabila bot pelampung yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot lain di tengah laut.

Menerusi rakaman tular, bot pelampung itu telah diikat dengan tali dan kemudiannya akan ditarik menggunakan bot lain.

Bagaimanapun, kelajuan bot pembawa itu bukan sahaja menyebabkan mereka tercampak, tetapi bertembung pula dengan bot lain yang datang dari arah tepi.

Menurut sumber, kejadian berlaku di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Kejadian tersebit benar-benar mengejutkan orang ramai sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya akan keadaan semua penumpang yang terlibat pada waktu itu.

Namun begitu, salah seorang penumpang tampil memaklumkan bahawa mereka sekeluarga berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berkenaan rakaman tersebut, dia juga tidak menyangka akan tersebar dan menjadi buah mulut orang ramai kerana tujuan hantaran tersebut dimuat naik sekadar ingin memberi pengajaran.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*