Syak mati dibunuh, anak rayu kubur ibu digali semula

Gambar sekadar hiasan

Syak mati dibunuh, anak rayu kubur ibu digali semula. Kubur seorang warga emas yang ditemui meninggal dunia dalam rumahnya di sebuah kampung di Serdang, Kulim dijangka akan digali semula pada hari ini berikutan anak mangsa yang mengesyaki kemungkinan ibunya itu menjadi mangsa bunuh.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 79 tahun dilaporkan meninggal dunia pada Isnin lalu. Ketika ditemui, maangsa berada dalam keadaan tanpa seurat benang manakala baju serta kain batik dipakainya ditemui di atas lantai. Kes itu kemudian diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah mangsa juga telah dikebumikan.

Namun dua hari kemudian, anak mangsa tampil di balai polis membuat laporan supaya siasatan lanjut dilakukan selepas mengesyaki kematian ibunya itu mempunyai unsur jenayah. Hal ini kerana, anak mangsa mendakwa barangan berharga milik ibunya seperti gelang, dua cincin dan telefon bimbit didapati hilang.

Bukan itu sahaja, anaknya turut mendakwa melihat kesan tompokan darah pada cadar serta kain lampin dipakai mangsa selepas membuat pemeriksaan lanjut.

Selain itu, anak mangsa juga mendakwa dia dimaklumkan terdapat kesan lebam di kanan badan serta telinga dan luka di hidung jenazah ibunya ketika dimandikan.

Susulan itu, polis telah mengeluarkan permit untuk menggali semula kubur wanita terbabit bagi tujuan bedah siasat.

Turut baca :

Gambar sekadar hiasan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*