“Syak ada yang dengki…” Lelaki terima bungkusan hitam berisi tanah kubur depan bengkel

“Syak ada yang dengki…” Lelaki terima bungkusan hitam berisi tanah kubur depan bengkel. Sihir adalah salah satu amalan syaitan yang boleh mendatangkan dosa besar disisi Allah SWT. Walaupun zaman sudah moden, masih ramai dalam kalangan umat Islam sendiri yang masih mengamalkan perkara syirik dan menyesatkan akidah.

Namun, itulah yang dialami oleh seorang pemilik bengkel yang dipercayai menjadi mangsa sihir manusia yang iri hati.

Menerusi hantaran di laman Facebook yang dikenali sebagai Abbas Atiqah, pemilik bengkel kenderaan yang terletak di Pontian itu terkejut apabila mendapati satu bungkusan hitam berada di hadapan premisnya. Bungkusan tersebut mengandungi tanah kubur dan daun kering.

Berdasarkan penemuan bungkusan hitam itu, lelaki tersebut beranggapan ada individu yang cuba menutup periuk nasinya dengan melakukan sihir.

Aku berniaga nak bagi isteri, anak, keluarga dan pekerja semuanya aku usaha dan berserah Allah S.W.T.

Walaupun begitu, pemilik bengkel kenderaan tersebut tidak berminat untuk mengetahui individu yang telah menghantar sihir. Sebaliknya mengirimkan doa kepada pihak berkenaan agar segera bertaubat.

Aku doakan kau Allah buka pintu taubat kau ya benda-benda ni sampai kiamat takkan habis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah kepada pelaku kerana menggunakan cara yang kotor untuk menjatuhkan orang.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*