Susulan cuaca panas : KPDN pantau harga makanan laut, elak jadi krisis

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau harga ikan yang didakwa meningkat susulan kekurangan bekalan akibat cuaca panas melanda negara ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini harga makanan laut itu masih dalam keadaan terkawal dan belum lagi menjadi satu krisis.

“Bekalan (ikan) pun masih mencukupi. Pegawai penguatkuasa KPDN dan Kementerian Pertanian dan Sekuriti Makanan (MAFS) sentiasa memantau keadaan dan kalau ada aduan tertentu yang terpencil pun kita akan tangani, ” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah Bersama Giant di sini pada Isnin.

Menerusi inisiatif berkenaan, Giant Hypermarket menawarkan barangan keperluan dengan tawaran penjimatan antara 10 hingga 30 peratus di semua 90 cawangan pasar raya dan pasar raya besar Giant di seluruh negara.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan segelintir peniaga terpaksa menaikkan harga jualan ikan bagi menampung kenaikan di peringkat pembekal yang mendakwa bekalan kurang.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata, KPDN bercadang mengadakan pertemuan khas dengan pengiat industri bagi membincangkan hala tuju dan harapan Inisiatif Payung Rahmah.

Beliau berkata, ia memandangkan inisiatif itu yang telah memasuki bulan kelima dilihat semakin mendapat sambutan.

“Kebimbangan di peringkat awal bahawa ia (Payung Rahmah) tidak mampu bertahan dan berpanjangan, semakin nipis hasil kerjasama erat antara kementerian dan pemain industri yang terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*