Sultan Johor, TMJ zahir ucapan tahniah kepada Anwar

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri ke-10.

Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi poster yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda ‘Sultan Ibrahim Sultan Iskandar’.

Turut menzahirkan tahniah ialah anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, juga di laman Facebook rasmi baginda.

Ucapan berkenaan turut dizahirkan menerusi poster Ahli Parlimen Tambun di Facebook ‘HRH Crown Prince of Johor’.

Terdahulu, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selesai mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*