Suara tangisan di sungai pukul 2 pagi disangka hantu, rupanya…

Suara yang pada awalnya disangka tangisan hantu menjadi asbab seorang wanita berjaya diselamatkan daripada terus hanyut di sebatang sungai.

Menurut Kosmo, kejadian itu berlaku di Parangtritis, Jogjakarta Jumaat lalu dan pihak berkuasa tempatan memaklumkan telah menerima laporan sekitar jam 2.50 pagi yang mengatakan terdapat suara wanita menangis di tepi Sungai Opak.

Suara itu didengari oleh seorang anggota yang kebetulan berada di lokasi berkenaan sebelum seorang pemancing memaklumkan ada seseorang di tengah sungai yang sedang hanyut.

Saya sangkakan hantu kerana tiba-tiba sahaja ada suara perempuan menangis di tengah sungai.

Pasukan SAR kemudian menghantar anggota tambahan ke lokasi berkenaan untuk menyelamatkan mangsa sebelum wanita itu dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketika disoal oleh pihak berkuasa, wanita itu mendedahkan bahawa dia terjatuh ke dalam sungai berkenaan selepas bertengkar dengan rakannya.

Baca juga :

Gagal hadir ke mahkamah, lelaki buat kandungan palsu libat Agong ditahan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*