Suami isteri ‘scammer’ dijatuhi hukuman penjara 12,640 tahun

Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhi hukuman penjara 12,640 tahun ke atas sepasang suami isteri yang menjalankan kegiatan penipuan dalam talian berkaitan skim pelaburan wang, lapor laman berita Wion News semalam.

Wantanee Tippaveth dan suaminya, Methi Chinpa telah menipu orang ramai secara online pada 2019.

Semasa perbicaraan mahkamah, pasangan itu mengaku menjalankan penipuan itu bersama tujuh individu lain di laman Facebook antara Mac hingga Oktober 2019.

Orang ramai tertarik dengan tawaran pelaburan yang dikatakan membawa pulangan 93 peratus kepada mereka.

Dalam menjadikan skim pelaburan itu kelihatan nyata, Wantanee kerap menyiarkan video dia mempamerkan barang kemas di kedai emas.

Mahkamah memutuskan pasangan itu bersalah menipu wang kira-kira 2,533 orang dalam skim Ponzi dengan pelaburan mencecah 1.3 bilion baht (RM171 juta).

Hukuman penjara selama 12,640 kemudian diringankan kepada 5,056 tahun oleh Mahkamah Jenayah Thailand.

Pasangan suami isteri itu dijangka dihukum penjara selama dua dekad sahaja kerana undang-undang Thailand meletakkan had hukuman penjara kepada 20 tahun terhadap setiap pesalah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*