Skandal LCS : Pendedahan Rafizi buat Najib ‘senak perut’

Pendedahan skandal kapal LCS oleh Rafizi buat Najib ‘senak perut’

Saya sudah baca putar alam #SayaPutarJib yang ditulis admin Najib Razak untuk cuci tangan skandal RM9 bilion kapal perang.

Dia salahkan semua:

1) Salah Panglima TLDM sebab nak kapal yang lagi kuno kononnya

2) Salah PH (ha3 PH masa 22 bulan arahkan siasatan, konon sebab siasatan tu yang melambatkan)

3) Salah rakyat Malaysia sebab tak faham dan tak cerdik macam dia (katanya memang biasa projek persenjataan lambat dan belanja akhir lebih mahal)

Salah semua orang, kalau dia boleh salahkan Rosmah, dengan Rosmah sekali dia salahkan.

Lemah sangat putar alam Najib kali ni.

Insya Allah kali ini PM FB ni akan kena sebab dia tidak boleh lari dalam hal skandal kapal perang ni. Akhirnya akan balik kepada dia juga. Sepupu dia pun akan cepat-cepat tuding jari kat dia untuk selamatkan diri.

Saya akan tunjukkan satu persatu penyelewengan yang berlaku, termasuk syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan untuk melarikan wang.

Modus operandi tak ubah macam 1MDB dahulu.

Masaklah Najib kali ni. Biar dia jawab bagaimana pertahanan negara jadi LEMAH semasa dia jadi PM, selama ini dia fitnah semua orang jual aset negara konon.

Saya harap kawan-kawan netizen setia ikuti kandungan dari saya dalam sebulan ke arah Hari Kemerdekaan ini.

Siapkan jari untuk share banyak-banyak, forward banyak-banyak.

Kali ini PM FB seperti buku bertemu ruas .

Turut bac

Skandal LCS : Pendedahan Rafizi buat Najib 'senak perut'

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*