Perbuatan jahat dua lelaki merompak dua beranak dan menoreh lengan salah seorang daripada mereka memakan diri selepas diberkas di sebuah rumah di Taman Sentosa Perdana di sini, baru-baru ini.
Penahanan ke atas lelaki tempatan berusia 25 tahun itu dibuat pada pukul 6.30 petang, 17 November lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 30 tahun yang kerugian RM500 selepas dirompak dua lelaki yang menunggang motosikal pada pukul 8.20 malam, Sabtu lalu.
Katanya, ketika kejadian wanita itu dan ibunya yang berusia 60 tahun sedang berjalan menuju ke tempat letak kenderaan di Jalan Batu Nilam 4, Bandar Bukit Tinggi 1 di sini.
“Dua beranak itu kemudian didatangi dua lelaki bermotosikal lalu mengacukan pisau sebelum berlaku pergelutan antara mereka.
“Suspek menoreh lengan tangan mangsa dan jari kiri ibunya sebelum melarikan beg tangan,” katanya.
Ekoran kejadian itu, dua beranak tersebut menerima lima hingga 10 jahitan dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.
Baca juga :
Leave a Reply