Senarai penuh Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan

SERAMAI lima menteri baharu dilantik dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Menteri yang baru dilantik termasuklah tiga ‘muka lama’ iaitu Gobind Singh Deo yang dilantik sebagai Menteri Digital; Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan); Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi); selain dua ‘wajah baharu’ iaitu Steven Sim Chee Keong (Menteri Sumber Manusia) dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang dilantik sebagai Menteri Kewangan II.

Turut baca :

Gobind Singh sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 2018; Dr Dzulkefly pula pernah dilantik sebagai Menteri Kesihatan sebelum ini sementara Johari juga pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan II semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari Jun 2016 sehingga peralihan dalam kerajaan pada Mei 2018.

Pada masa sama, Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) pula mengisi kekosongan ditinggalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dan memangku kementerian berkenaan selepas kematian mengejut Salahuddin pada Julai lepas. Rombakan itu menyaksikan Armizan bertukar portfolio daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak serta Tugas-Tugas Khas).

Dalam rombakan Kabinet kali ini, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar pula merupakan satu-satunya menteri yang digugurkan bersama dua timbalan menteri lain iaitu Ramkarpal Singh Karpal Singh dan Datuk Seri Aminah Aching.

Selain itu, terdapat beberapa perubahan portfolio berlaku pada rombakan Kabinet kali ini termasuklah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sebelum ini merupakan Menteri Pertahanan; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sebelum ini Menteri Luar; Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang sebelum ini Menteri Kesihatan; selain beberapa kementerian baharu iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam) serta Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Menteri Komunikasi).

Berikut merupakan senarai portfolio Kabinet terkini:

Perdana Menteri & Menteri Kewangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri

Datuk Seri Fadillah Yusof

Kementerian Kewangan

Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menteri II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Timbalan Menteri: Lim Hui Ying

Kementerian Pertahanan:

Menteri: Datuk Seri Mohammad Hassan

Timbalan Menteri: Adly Zahari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Chang Lih Kang

Timbalan Menteri: Datuk Mohammad Yusof Apdal

Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam

Menteri: Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Rubiah Wang

Kementerian Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Seri Johari Abdul Gani

Timbalan Menteri: Datuk Chan Foong Hin

Kementerian Pendidikan Tinggi:

Menteri: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Timbalan Menteri: Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

Kementerian Pengangkutan

Menteri: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Menteri: Datuk Seri Mohamad Sabu

Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup

Kementerian Ekonomi

Menteri: Mohd Rafizi Ramli

Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Menteri: Nga Kor Ming

Timbalan Menteri: Datuk Aiman Athirah

Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: Datuk Seri Ahmad Maslan

Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Kementerian Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri: Liew Ching Tong

Kementerian Pendidikan Tinggi

Menteri: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Timbalan Menteri: Datuk Seri Yusuf Apdal

Kementerian Pertahanan:

Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Timbalan Menteri: Adly Zahari

Kementerian Sains, Teknologi dan Teknologi

Menteri: Chang Lih Kang

Timbalan Menteri: Datuk Yusof Afdal

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Datuk Seri Nancy Shukri

Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Menteri: Datuk Armizan Mohd Ali

Timbalan Menteri: Fuziah Salleh

Kementerian Undang-Undang dan Reformasi Institusi

Menteri: Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri: M Kulasegaran

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Menteri: Nik Nazmi Nik Ahmad

Timbalan Menteri: Datuk Seri Huang Tiong Sii

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Menteri: Datuk Ewon Benedick

Timbalan Menteri: Datuk Ramanan Krishnan

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Mohamad Hassan

Timbalan Menteri: Datuk Mohamad Alamin

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing

Timbalan Menteri: Khairul Firdaus Akbar Khan

Kementerian Komunikasi

Menteri: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

Timbalan Menteri: Teo Nie Ching

Kementerian Pendidikan

Menteri: Fadhlina Sidek

Timbalan Menteri: Wong Kah Wah

Kementerian Perpaduan

Menteri: Datuk Aaron Ago Dagang

Timbalan Menteri: Saraswathy Kandasami

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Menteri: Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

Timbalan Menteri: Dr Zulkifli Hassan

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Hannah Yeoh Tseow Suan

Timbalan Menteri: Adam Adli

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Steven Sim Keong

Timbalan Menteri: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Ser Dr Dzulkefly Ahmad

Timbalan Menteri: Datuk Lukanisman Awang Sauni

Kementerian Digital:

Menteri: Gobind Singh Deo

Timbalan Menteri: Datuk Ugak Anak Kumbong

Jabatan Perdana Menteri:

Menteri: Dr Zaliha Mustafa

Berdasarkan pengumuman Anwar, Ahli Jemaah Menteri kini meningkat daripada 28 kepada 31 orang; jumlah timbalan menteri (27 ke 29 orang); manakala jumlah keseluruhan meningkat daripada 55 ke 60 orang Ahli Jemaah Menteri.

Jumlah itu, begitupun masih rendah berbanding 70 barisan Kabinet ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Semua menteri yang terbabit dengan rombakan Kabinet itu dijadualkan mengangkat sumpah jawatan dan simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Majlis Penyerahan Surat Cara Pelantikan dan Majlis Angkat Sumpah Menteri-Menteri Persekutuan di Istana Negara pada pukul 2.30 petang Selasa.

Dalam pada itu, rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dilaksanakan buat kali pertama selepas kepimpinan Anwar melangkaui usia setahun, bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.

Dalam sidang media pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu, Anwar yang mengekalkan portfolio Menteri Kewangan berkata, rombakan dibuat kerana setiap perubahan dari segi perkembangan ekonomi, permasalahan rakyat termasuk kos sara hidup, harus ditangani dengan baik.

“Penerimaan di peringkat antarabangsa yang memerlukan tugas di Kementerian Luar (penting), isu pendidikan, pendidikan tinggi, terutama dalam beberapa usaha kita meneroka bidang baharu.

“Ia seperti kecerdasan buatan (AI), transformasi digital.. yang menyebabkan saya memikir semula untuk membuat sedikit sebanyak penyesuaian (dalam Kabinet) dengan melihat kepada keadaan dan tuntutan semasa,” katanya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*