“Semoga dirahmati olehNYA…” Isteri rentung kemalangan baru pulang umrah seminggu

“Semoga dirahmati olehNYA…” Isteri rentung kemalangan baru pulang umrah seminggu. Wanita yang maut dalam kenderaan akibat kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sedenak semalam baru pulang mengerjakan umrah baru-baru ini.

Pemilik Facebook Syafiq Shariff yang didakwa rakan mangsa memberitahu, mangsa baru sahaja pulang dari Mekah seminggu lalu.

“Arwah baru sahaja balik umrah seminggu lepas, sebelum arwah pulang umrah, dia ada WhatsApp kami semua minta doa dipermudahkan urusan di sana dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana (Mekah),” ujarnya.

Syafiq Shariff turut berkongsi mangsa sempat memuat naik petikan memohon perlindungan menerusi status WhatsApp sebelum kejadian berkenaan.

“Sebelum dapat tahu arwah meninggal, baru je beberapa jam tengok status arwah memohon agar urusan suaminya dipermudahkan ketika bertemu pelanggan,” tulisnya.

Bapa Allahyarham Nurul Nazihah, Kamalul Arifin ditenangkan saudara maranya yang hadir memberi penghormatan terakhir buat arwah di Kampung Lukut, Kota Tinggi.

Tulisnya lagi, arwah turut menyelitkan ayat ‘cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami”.

Difahamkan kali terakhir mangsa berkongsi foto di media sosial pada 28 September dipercayai ketika mereka berangkat ke Mekah.

“Saya Nurul Nazihah dan suami, Muhamad Redzuan serta ayah, Kamalul Arifin dan ibu, Saliah dengan rasa penuh kesyukuran di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan Ibadah Umrah,” tulis Nurul Nazilah yang merupakan mangsa kemalangan maut itu.

Semalam kemalangan maut yang meruntun hati melibatkan empat buah kenderaan dengan dua maut rentung di tempat kejadian.

Kemalangan melibatkan sebuah lori Isuzu, Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.

Mangsa yang maut adalah penumpang Proton Wira, Nurul Nazihah, 28 dan seorang lagi mangsa tidak dikenal pasti.

Semalam tular video, suami Nurul Nazihah menangis meraung setelah melihat kenderaan yang dinaiki mereka hangus terbakar ditenteramkan orang ramai.

Kata-kata suami mangsa yang meruntun hati, “Allah Allahuakbar. Yang saya tidak tinggal awak yang…Allah. Sumpah, saya tidak tinggal awak yang”.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*